
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Pihak Jabatan Kesihatan Melaka diatas pengiktirafan dan pemberian sijil penghargaan ini kepada Oriental Food Industries Sdn. Bhd.


Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Pihak Jabatan Kesihatan Melaka diatas pengiktirafan dan pemberian sijil penghargaan ini kepada Oriental Food Industries Sdn. Bhd.

ZESS bersama Lion Club Hang Tuah Jaya menyampaikan sumbangan Zess Biscuits kepada keluarga gologan B40 untuk meringankan beban mereka.

Program Jelajah Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, hari ini Zess bersempatan mengambil bahagian dalam Program Jelajah Hari Raya Aidilfitri anjuran 10 pertubuhan NGO dan tokong bersama 9 YB Adun negeri Melaka dan YB Parlimen Kota Melaka.

Sumbangan kepada kerajaan negeri Melaka bagi membantu meringankan beban rakyat akibat wabak Covid-19 Zess telah menyampaikan sumbangan kepada kerajaan negeri Melaka bagi membantu meringankan beban rakyat akibat wabak Covid-19 dan juga kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus bermandi peluh mencurah masa dan tenaga bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Kunjungan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (MCO) Kunjungan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk menyampaikan sumbangan kepada pasukan Polis yang bertugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

Program Ziarah Kasih ZESS bersama Lion Club Hang Tuah Jaya telah melawat ke 2 buah rumah orang tua dan 2 buah anak yatim di Melaka (Paya Ikan , Duyong dan Bukit Baru) dan menyampaikan sumbangan Zess Biscuits.

YB Khoo melawat ke Rumah Pangsa Gajah Berang dan Tengkera bersama-sama dengan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan ADUN Kota Laksamana Low Chee Leong. Ketua Menteri telah menyampaikan sumbangan produk Oriental kepada penduduk di sana.

Program Ziarah Kasih Sempena Tahun Baru Cina 2020 🏮🏮 ZESS bersama China Press telah melawat ke 2 buah rumah orang tua di Melaka (Paya Ikan dan Machap Baru) dan menyampaikan sumbangan Zess Biscuits, Oriental Layer Cakes dan Angpau kepada mereka sempena Tahun Baru Cina 2020 bagi menyambut perayaan yang akan datang.

Zess bersama YB Kerk Chee Yee, YB Low Chee Leong dan bersama persatuan-persatuan belia telah menyerahkan sumbangan makanan dan angpow kepada 1000 orang tua dan 100 orang kurang upaya sempena Tahun Baru Cina 2020.

Program Ziarah Kasih Sempena Tahun Baru Cina 2020 🏮🏮 ZESS bersama YB Kerk Chee Yee, YB Low Chee Leong, YB Khoo Poay Tiong, YB Allex Seah dan persatuan-persatuan belia telah melawat ke 40 buah rumah di Melaka dan menyampaikan sumbangan kepada mereka sempena Tahun Baru Cina 2020. Kami juga menolong untuk menghiaskan rumah mereka bagi menyambut...